Malaysia sertai DS 2017 di Thailand

0
386
ds 2017
Siap sedia untuk pameran Pertahanan dan Keselamatan Asia (DS) 2017 di Bangkok, Thailand.
- Advertisement -

Malaysia sertai DS 2017 Thailand bagi mempromosi DSA 2018 Malaysia

Bangkok, 5 November 2017 – Defense & Security 2017 akan membuka tirainya bermula esok 6 November 2017 dengan acara perasmian yang akan disempurnakan oleh Jeneral Prawit Wongsuvon, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pertahanan Thailand. Hari ini iaitu sehari sebelum kemuncak perasmian pameran pertahanan ini, pempamer industri pertahanan seluruh dunia masih meneruskan kerja-kerja akhir persiapan termasuk pengurusan DSA Exhibition & Conference Sdn Bhd (DSA 2018) diketuai Pengurus Besar, Pn. Anita Jacobson yang menggunakan platform ini sepenuhnya dalam rangka promosi DSA 2018 yang bakal berlangsung di MITEC, Kuala Lumpur pada 16 hingga 19 April 2018.

Defense & Security 2017 yang akan bermula pada 6 hingga 9 November 2017 ini akan turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Pertahanan dan ATM iaitu YB Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi bin Buang, Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia.

- Advertisement -

Buletin MinDef – 1,500 syarikat bakal menyertai DSA 2018

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here