Buletin MinDef – Hari Kebangsaan 2017

0
999
- Advertisement -

Buletin Mindef Merdeka 2017

Luar biasa dan unik – begitulah sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Terutama dengan penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam perbarisan, perarakan dan persembahan masing masing.

- Advertisement -

Ketibaan Menteri Pertahanan Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dataran Merdeka sudah cukup memberi inspirasi kepada semua untuk mempersembahkan yang terbaik, berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Buat julung kalinya persembahan pancaragam pasukan beruniform melibatkan 435 anggota termasuk gabungan pancaragam ATM.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke V yang disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menerima kawalan kehormatan utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja.

Dataran Merdeka bergema dengan nyanyian Negaraku yang mengiringi acara menaikkan Jalur Gemilang oleh bekas Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia, Mohd Sarif Kalam dan Pegawai Waran 1 (Bersara), Oliver Culvelt.

Acara meliputi perarakan masuk drumline, pelajar Maktab Tentera DiRaja MTD dan pembaca ikrar 3 generasi “selepas tabik hormat”.

Jalur gemilang kemudiannya diserahkan oleh veteran kemerdekaan kepada generasi baharu TLDM.

Serentak dengan acara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian “Negaraku” ialah 14 das tembakan kehormat melambangkan 14 negeri dalam Malaysia.

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar rukun negara gandingan 3 generasi ATM, perkhidmatan awam, putera MTD dan drumline pasukan kadet Tentera Laut St. John Institution.

Satu-satunya idea cetusan Dato Seri Hishammuddin bagi menampakkan kelainan pada sambutan kali ini.

Follow Kementerian Pertahanan Malaysia

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here