Gerhana Bulan Penuh – 31 Januari 2018

1
225
gerhana bulan penuh

Gerhana Bulan Penuh 2018

Pada 31 Januari 2018, Gerhana Bulan Penuh akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara. Fenomena Gerhana Bulan yang berlaku akan mengambil masa selama 5 jam 17 minit bermula pada jam 6:51 petang hingga 12:08 tengah malam (1 Februari 2018).

Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika Bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak – gerhana bermula selepas Bulan terbit). Fasa gerhana penuh maksima adalah pada jam 09:29 malam dan keseluruhan gerhana ini akan berakhir pada jam 12:08 tengah malam iaitu pada 1 Februari 2018.

gerhana bulan penuh 2018

Bagaimana Terjadinya Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila Matahari, Bumi, dan Bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan Bulan merentasi bayangan umbra Bumi.

bagaimana terjadinya gerhana bulan penuh

Kenampakan Bulan Ketika Gerhana

kenampakan bulan ketika gerhana
Fasa-fasa dan waktu berlakunya gerhana tersebut.

Bulan dengan perlahan-lahan bertukar dari warna putih mutiara yang biasa kita lihat kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam. Warna kemerahan yang akan dapat dilihat ketika fasa penuh gerhana bulan pada 31 Januari 2018 berbeza dari gerhana-gerhana bulan penuh yang lain bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan di atmosfera atas Bumi dan kedudukan Bulan di sepanjang orbitnya.

Ketika hampir berlakunya gerhana pada 31 Januari 2018, Bulan juga sebenarnya baru sahaja melepasi kedudukan perigee iaitu pada 30 Januari 2018 dengan jarak 358,993 kilometer dari Bumi dan sekali gus menjadikan gerhana kali ini ini “Gerhana Supermoon’ (antara takrifan ‘Supermoon’ adalah apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000 kilometer dari Bumi).

Tiada peralatan tertentu yang diperlukan untuk menikmati fenomena ini. Paling utama adalah keadaan cuaca di tempat masing-masing semasa ia berlaku. Namun
begitu, penggunaan teleskop dan binokular akan dapat membantu untuk melihat dengan lebih jelas.

Kenampakan Di Malaysia

jadual bulan terbit

Aktiviti Cerapan di Seluruh Malaysia

Observatori Negara Langkawi, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan Fenomena Gerhana Bulan Penuh. Beberapa buah teleskop mudah alih akan disediakan kepada pengunjung yang hadir dan penyertaan adalah percuma.

Lokasi-lokasi lain yang boleh dikujungi oleh orang ramai untuk aktiviti pencerapan adalah seperti berikut :-

  • Planetarium Negara, Kuala Lumpur
  • Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor.
  • Balai Ceral Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
  • Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza).
  • Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers
    Observatory).
  • Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.

Aktiviti di Observatori Negara Langkawi

Gerhana Bulan Penuh Yang Akan Datang

Selain pada 31 Januari 2018, Gerhana Bulan Penuh akan berlaku sekali dan kelihatan di Malaysia pada 28 Julai 2018.infografik gerhana bulan penuh

Sumber :

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Berita Harian Online

[READ ARTICLE] Don’t miss the “Super Blue Blood Moon” today!

Comments

comments

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here