Scenic Rawang Bypass Opens

0
170

The Rawang Bypass, Malaysia’s Tallest Highway Has Finally Opened Today

After more than a decade of construction, the Rawang Bypass has opened to motorists beginning 6am, November 29, 2017.

Below is the media statement from the Ministry of Works :

MAJLIS PERASMIAN JALAN PINTAS RAWANG OLEH DATO’ SRI HJ. FADILLAH BIN HJ. YUSOF, MENTERI KERJA RAYA

Rawang, Selangor : Jalan pintas Rawang dirasmikan Menteri Kerja Raya, Dato’ Sri Hj Fadillah Hj Yusof, pada hari ini. Jalan pintas sepanjang 9 km dari Rawang ke Serendah ini merupakan mercu tanda unik dalam sejarah pembinaan jalan raya di Malaysia kerana ketika memandu melaluinya seakan-akan membelah kabus di waktu pagi atau selepas hujan dan memberikan pemandangan panorama yang sangat cantik di Bandar Rawang.

Pembinaan persimpangan bertingkat ini adalah untuk menghubungkan jalan pintas baharu dan jalan sedia ada. Keunikan jalan pintas Rawang ini ialah pembinaan struktur tiang tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 58.2 meter daripada aras tanah. Projek dilaksanakan secara berperingkat dan melibatkan jajaran baru dua lorong dua hala sepanjang 9 km dan struktur bertingkat 2.7km serta kerja menaiktaraf jalan persekutuan FT001 sepanjang 12.5 km. Struktur jambatan bertingkat ini dibina dengan kaedah cast in-situ double T-Beam menggunakan overhead Moveable Scaffolding System (MSS), double colum piers with internediate tie beam for tall pier dan hand dug caisson pile.

Kawasan hutan yang terlibat dalam pembinaan jalan pintas Rawang telah dikurangkan dari 65 hektar ke 24 hektar. Untuk memastikan projek ini mesra alam, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersetuju untuk membina jambatan di dalam kawasan hutan bagi meminimakan kerja-kerja penambakan dan pemotongan cerun. Berbagai langkah telah di ambil oleh pihak JKR supaya kesan-kesan dari pembinaan jalan dan jambatan ini tidak menjejaskan alam sekitar. Kaedah-kaedah terbaru pembinaan diperkenalkan seperti penggunaan geo-grid, hand dug cassion dan “precast interlocking slab” untuk pelindungan sungai, alam sekitar dan lain-lain lagi. Pembinaan ‘Silt Trap’ dan ‘Silt Fence’ di lokasi tertentu bagi mengawal kelodak pasir dari memasuki sungai dan penanaman rumput yang segera dapat membantu pengekalan keadaan alam sekitar.

Aspek pemeliharaan hutan Taman Warisan dan alam sekitar amat dititikberatkan dengan penambakan dan pemotongan cerun yang minimum bagi pembinaan jambatan. Penebangan pokok di tahap minima, laluan sungai sedia ada dikekalkan dan perangkap kelodak kekal juga akan dibina. Peletupan batu dijalankan secara ‘control blasting’ dan berjadual.

Antara faedah-faedah dan manfaat yang akan diperolehi oleh orang ramai apabila jalan pintas Rawang ini dibuka ialah :
  1. Keindahan dan kecantikan Hutan Lipur Kanching akan terpelihara dan terjaga. Ianya juga dapat menggalak lagi industri pelancongan Selangor khasnya dan Malaysia amnya;
  2. Kesesakan jalan raya yang bagitu lama dihadapi penduduk kawasan Rawang, Serendah, dan Hulu Selangor akan dapat diselesaikan dan mengurangkan kemalangan maut;
  3. Masa perjalanan ke utara akan dipendekkan daripada 2 jam ke 30 minit; dan
  4. Jalan ini akan menjadi pemangkin pembangunan di masa hadapan terutamanya bagi kawasan Serendah dan Hulu Selangor.

KEMENTERIAN KERJA RAYA 28 NOVEMBER 2017.

Ikuti Kementerian Kerja Raya Malaysia

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here