Hari mula tugas Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu

0
81

HARI MULA TUGAS MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA, YANG BERHORMAT TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU

Kuala Lumpur – Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu hari ini secara rasminya memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu. Terlebih dahulu, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah mengambil tabik hormat dan menerima Kawalan Kehormatan Utama pada pagi ini bertempat di Dataran Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.

Menteri Pertahanan Malaysia, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu hari ini secara rasminya memulakan tugas sebagai Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu.

Kawalan Kehormatan Utama (KKU) yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Pertama, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Juniusabdiah Shah Putra bin Janny diberikan kepada YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu bersempena hari pertama beliau berkhidmat di Kementerian Pertahanan sebagai Menteri Pertahanan.

Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad Sabu menerima Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan

Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan pelantikan YB Tuan Haji  Mohamad bin Sabu sebagai Menteri Pertahanan dan Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Kabinet Persekutuan 2018 sebagai Menteri Pertahanan Malaysia telah selesai disempurnakan pada 21 Mei 2018.

Menteri Pertahanan YB Tuan Haji Mohamad Sabu memeriksa Kawalan Kehormatan Utama di Kementerian Pertahanan

Turut Hadir pada majlis hari ini ialah Panglima Angkatan Tentera, YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Tentera dan awam Kementerian Pertahanan.

BIODATA MENTERI PERTAHANAN MALAYSIA

YANG BERHORMAT TUAN HAJI MOHAMAD BIN SABU 

TARIKH LAHIR : 14 OKTOBER 1954.

TEMPAT LAHIR : TASIK GELUGOR, PULAU PINANG.

MENETAP : SHAH ALAM, SELANGOR SEJAK 1973.

PENDIDIKAN : TEKNOLOGI MAKANAN, SAINS GUNAAN, INSTITUT TEKNOLOGI MARA (UITM), PEMIMPIN PELAJAR KESATUAN SISWA-SISWI ITM (KSITM).

PENGALAMAN : AHLI PARLIMEN KUALA KEDAH (1999-2004), AHLI WAKIL RAKYAT PARLIMEN KUBANG KERIAN (1995-1999), AHLI PARLIMEN NILAM PURI (1990-1995).

PENGALAMAN : PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA (AMANAH) (2015-POLITIK SEKARANG), TIMBALAN PRESIDEN PAS (2011-2015), NAIB PRESIDEN PAS, PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS.

PENGALAMAN : PENGERUSI GERAKAN MOBILISASI DAN DEMOKRASI, NGO KOMANDER HIMPUNAN GABUNGAN PILIHAN RAYA BERSIH DAN ADIL (BERSIH), ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) (1975-1981).

Sumber : Unit Komunikasi Strategik, Kementerian Pertahanan Malaysia.

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here