Buletin MinDef Eksklusif 2017

0
225

Buletin MinDef Eksklusif 2017

Buletin MinDef musim ke-2 kembali dengan cetusan berita terkini dan lebih menarik. Berikut kami sediakan kompilasi video musim ke-2 perkembangan MinDef dari episod awal hingga yang terkini.

Buletin MinDef – 1,500 syarikat bakal menyertai DSA 2018

Buletin MinDef – Perhimpunan Veteran ATM 2017

Berita gembira buat veteran ATM dengan pengumuman pelbagai inisiatif, bantuan baharu dan penambahbaikan skim khusus untuk kebajikan mereka.

Buletin MinDef – Battle Honour Daulat Feb 2013

Penganugerahan Battle Honour “Daulat Feb 2013” buat pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam Op Daulat menangani pencerobohan pengganas Filipina di Lahad Datu pada Februari 2013.

Buletin MinDef – Hari Kebangsaan 2017

Saksikan Buletin MinDef Hari Kebangsaan dengan persembahan membanggakan dan bersemangat oleh ATM ketika sambutan Hari Kebangsaan 2017.

Persembahan ini diperhebatkan lagi dengan penggunaan LED Screen Gergasi yang memaparkan tema MinDef “Nadi Negaraku” ketika formasi “diamond”.

Buletin MinDef – Malaysia Indonesia and the Philippines launch Trilateral Air Patrol

Malaysia, Indonesia dan Filipina melancarkan operasi pemantauan udara di bawah inisiatif Trilateral Air Patrol (TAP) di Laut Sulu bagi menangani isu jenayah rentas sempadan termasuk ancaman pengganas dan penculikan.

Buletin MinDef – TN50D #PerkasaPerwira

Semua ini untuk memperkasa perwira yang rata-ratanya yakin dengan usaha TN50D untuk membangun hala tuju pertahanan melalui cara pengumpulan aspirari warga ATM.

Buletin Mindef – Bajet 2018 #PerkasaPerwira

Bajet 2018 merealisasikan permintaan ATM untuk memperoleh lebih 20 aset baharu selain mempertingkatkan kebajikan tentera.

Penekanan terhadap kebajikan anggota dan veteran tentera dalam Bajet 2018 menjadi kebanggaan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein kerana ia bukan sahaja mampu meningkatkan mutu kerja tetapi juga kualiti hidup ATM.

Selain itu bajet kali ini turut meneruskan fokus meningkatkan tahap kesiapsiagaan aset ketenteraan negara dalam menangani ancaman keselamatan semasa.

Ikuti Kementerian Pertahanan Malaysia

Comments

comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here